Duration 3:24

Rahsia *BESAR* Adele Turun Berat Badan: THE SIRTFOOD DIET

887 watched
0
49
Published 31 Oct 2020

Perubahan luar biasa penyanyi terkenal, Adele telah mengubah pandangan dunia terhadap beliau, terutamanya selepas mendedahkan bahawa beliau telah hilang 45kg berat badan. Semua orang kini tertumpu kepada penyanyi berusia 31 tahun ini apabila dia mengesahkan kepada media dan peminat dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 45kg. “Tetapi persoalannya bagaimana dia melakukannya?” SENAMA BERTERUSAN Beberapa laporan media sebelum ini menyatakan Adele bukanlah orang yang suka bersenam. Bagaimanapun, penceraian beliau dengan bekas suami 7 tahun lalu telah mengubah segalanya. Adele telah mengupah seorang jurulatih peribadi, AS Dalton Wong yang juga jurulatih kecergasan untuk Jennifer Lawrence untuk melatih beliau 3 kali seminggu, lapor US Weekly. Rutin kecergasan beliau termasuk dengan latihan kardio dan latihan luar. SIRTFOOD DIET Rutin diet ini berasal dari UK dan dicipta oleh ahli pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten. Mereka bertanggungjawab menerbitkan panduan dan buku resipi pada 2016, lapor NY Post. Diet ini termasuk dengan makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan juga jus. Apa yang pasti, pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil seperti coklat, kopi atau wine. Fokus kepada Sirtfood Diet adalah untuk memberi tumpuan kepada metabolisme dan lain-lain bahagian yang memberi kesan kepada berat badan manusia dan ini adalah antara diet yang diamalkan oleh Adele. #adele #adeleweightloss #sirtfooddiet

Category

Show more

Comments - 12